Pemimpin tertinggi Wahabi Pakistan ditangkap ketika mabuk

0
825 views

mabok

Pengerusi majlis ulama Wahabi Pakistan ditangkap dalam keadaan mabuk setelah menghadiri sebuah acara di kedutaan German. 

 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Seorang pemimpin tertinggi Wahabi ditangkap ketika sedang mabuk di dalam keretanya. Insiden ini terjadi di Jehlum Pakistan.
Berasaskan laporan berita ini, pihak berkuasa tempatan menahan keretanya dan mendapati Molana Hafiz Muhammad Tahir Ashrafi sedang berbaring di bahagian belakang kereta dalam keadaan separuh sedar akibat terlalu banyak mengambil minuman keras.
Pemimpin tertinggi Wahabi ini dalam perjalanan pulang ke Lahore setelah menghadiri sebuah acara di kedutaan asing di Islamabad yang menyajikan minuman keras. Menurut pihak berkuasa, Hafiz yang merupakan pengerusi Majlis Ulama dan Mashaikh Pakistan ini turut memuntahkan sebahagian minuman tersebut ke atas pakaiannya.
Setelah sedar dari mabuk, Hafiz kemudiannya membuat pengakuan bahawa dirinya telah diculik dan disuntik dengan sejenis ubat. Meskipun begitu media memetik laporan agensi penguatkuasa undang-undang yang menafikan ulama ini diculik.
sumber: www.abnair.ir.com

NO COMMENTS