Syeikh Nuruddin bongkar kerapuhan tauhid Wahabi

0
1,217 views

download

 

Syeikh Muhammad Nuruddin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib adalah seorang ulama yang tidak asing lagi di Nusantara. Beliau sering datang ke Malaysia bagi menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat melalui pengajian kitab-kitab turath (kuning) agar masyarakat mengetahui kepentingan ilmu agama yang diperjuangkan oleh guru pondok sebelum ini yang sememangnya memperjuang dan memartabatkan ilmu Islam serta membongkar kesesatan golongan sesat.

Seperti yang telah disebutkan dalam keluaran lalu, antara keistimewaan Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad ataupun salsilah. Sebagai contoh: Sekiranya kita mempelajari hadis, maka hadis itu sampai salsilah periwayatannya sehingga kepada Rasulullah SAW. Kalau kita mempelajari kitab-kitab ulama muktabar, maka kitab-kitab ini sampai salsilahnya kepada pengarang asal kitab ini seperti Imam As-Shafei, Imam As-Sayuti, Imam Nawawi dan lain-lain.

Di sinilah ketulenan dan keberkatan ilmu itu berpindah dari generasi ke generasi. Kehebatan beliau turut terserlah dengan kekuatan ilmu pada dirinya serta kelancaran lidah beliau menjawab soalan secara spontan tanpa melihat kepada buku rujukan. Beliau pernah ditanya tentang kerapuhan fahaman tauhid yang di-ketengahkan oleh golongan Wahabi, iaitu: Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma wa sifat. Beliau menegaskan bahawa pembahagian tauhid ini sebenar-nya mengelirukan masyarakat, kerana tauhid tidak perlu dibahagi-bahagikan. Lebih-lebih lagi tidak ada seorang nabi, sahabat dan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang membahagikan tauhid tersebut kepada tiga. Maka ini adalah suatu perkara yang bidaah dalam agama.

seterusnya di dalam majalah Milenia Muslim keluaran September 2009 dapatkah naskah anda.

NO COMMENTS