Astaghfirullah ! Dusta di Web Wahhabi Darussalaf.or.id Terkait Maulid Nabi

0
446 views

dusta-di-darussalaf

Website dan blog wahhabi banyak menyebutkan bahwa “Sesungguhnya al-Hafiz Ibnu Katsir menyebutkan dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (Jilid 11 / 172), bahwa Daulah Fatimiyah al-Ubaidiyyah (yang dinisbahkan kepada Ubaidullah bin Maimun al-Qadaah berbangsa Yahudi), yang memerintah Mesir dari tahun 357H hingga 567H, telah mengadakan pelbagai sambutan pada hari-hari yang tertentu, dan antaranya ialah sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم.” – misal bs di lihat di blog ini:
darussalaf.or.id/manhaj/peringatan-maulid-nabi-dalam-timbangan-islam/
Beginilah yang mereka nuqilkan dari al-Hafiz Ibnu Katsir. Dan apabila kita rujuk kepada apa yang mereka sebutkan, kami dapati dari al-Hafiz Ibnu Katsir merupakan satu dusta, tipudaya, pemalsuan dan pengkhianatan dalam mengambil kata-kata ulama.

Berikut pendapat sebenarnya dari al-Hafiz Ibn Katsir dlm mslh amalan maulid dan perkembangannnya, dan yang telah disembunyikan oleh mereka . Al-Hafiz Ibn Katsir berkata dalam al-Bidayah wa an-Nihayah Juz 13, Halaman 136, Terbitan Maktabah al-Ma’arif seperti berikut:

كان الملك المظفر يعمل المولد الشريف في ربيع الأول ويحتفل به احتفالاً هائلاً، وكان شهمًا شجاعًا بطلاً عاقلاً عالمًا عادلاً
كان أول من احتفل بالمولد النبوي بشكل منظم في عهد السلطان صلاح الدين، الملك مظفر الدين كوكبوري، إذ كان يحتفل به احتفالاً كبيرًا في كل سنّة، وكان يصرف فيها الأموال الكثيرة، والخيرات الكبيرة، حتى بلغت ثلاثمئة ألف دينار، وذلك كل سنة
: “… al-Malik al-Mudzaffar Abu Sa’id al-Kukabri, salah seorang dari pemimpin besar yang cemerlang serta raja yang mulia, baginya pribadi yang baik , beliau telah mengadakan maulid yang mulia pada bulan Rabiulawwal, dan mengadakan sambutan yang besar. Selain itu, beliau seorang yang amat berani, berakal, alim lagi adil. Semoga Allah merahmati beliau ” dan beliau berkata seterusnya : “dan beliau (Sultan Muzaffar) mengeluarkan belanja untuk menyambut maulid mencapai 300,000 dinar”

Maka lihatlah pujian kepadanya oleh Ibn Katsir, yang menyifati beliau sebagai seorang yang alim, adil lagi berani, dan tidak pernah mengatakan, zindiq, pembuat dosa, fasiq,

Sumber MMN

NO COMMENTS